December 11, 2012

Memori Lalu ~ 'Part 1'

Bismillah , Assalamualaikum 

Wathup ?  Lama gila aku tidak meng'POST' entry .*Eh ada ke perkataan tu* HAHAHA. Cuba awak awak tengok last entry saya iaitu bulan 3. *Bagus cik adik*. Ok entry kali ni aku nak share dekat korang tentang CERPEN yang aku tulis . And you know what? *what* ishh sibuk jeee.
Cerpen yang aku buat tu dapat tempat yang pertama :) *syok tuuuuu* *Nampak tak hidung budak ni dah tinggi*
Tanpa membuang masa lagi *ecewah* mari sama-sama baca cerita pendek ini .


*********************************************************************************

MEMORI LALU 

    Matahari sudah mula menghilang disebalik kepekatan langit senja,Deruman kereta terdengar sana sini. Aku meneruskan pemanduan ku menuju ke destinasi yang sudah lama tidak ku jejaki.Ya, sudah 8 tahun aku meninggalkan kampung halamanku, tempat suka duka ketika aku masih hijau dalam dunia luar.
    Aku memberhentikan keretaku di surau berdekatan untuk menunaikan kewajipanku sebagai umat Islam.Langkah ku atur rapi ke arah tempat wuduk wanita.Tiba-tiba bahuku disentuh seseorang,'Yanie, awak Yanie kan?' soal seorang gadisyang berkerudung rapi.'Ya, saya.Cik siapa?' tanyaku sopan.'Suryanie, ini akulah, azurah! Kau tidak ingat ke?' katanya dengan nada yang sarat dengan kegembiraan.
   'Ya Allah, Zura.Kau sudah lainlah.Nampak sopan dan ayu !' balasku dengan girang. 'Ah, kau Yanie.Ada-ada sahaja. Eh, marilah kita solat dulu.Waktu maghrib sudah masuk ini,' ajak Nazurah.
   Usai solat maghrib, kami berjalan beriringan ke arah kereta kami.
   'Yanie, sudah lama kau tidak pulang ! Ke mana saja kau pergi?Sampai lupa akan kampung halaman.Pasti kau sudah lupa akan semua kenangan pahit manis di sini,' jelas Nazurah sedikit bingung tentang kehilangan ku selama ini.
   'Aku pergi Australia, sambung belajar di sana. Janganlah kau marah aku.Aku tidak pernah lupakan kau, kampung dan semua yang pernah aku lalui dahulu. Bagaimana keadaan di sini? Aku lihat banyak yang sudah berubah. Rakan-rakan yang lain bagaimana?' tanyaku dengan nada sarat dengan keterujaan.
   'Hahaha...Banyaknya soalan kau.Aku nak jawab pun belum tentu minggu depan habis !' gelak Nazurah. 'Apa kata esok kita jumpa dekat tepi pantai. Semalam, rakan-rakan kita bersepakat untuk berkumpul di sana esok petang.Jangan beritahu kepulangan kau kepada mereka.Biar la menjadi kejuta, okey?' tersenyum aku mendengarnya.
   'Baiklah, esok aku tunggu kau di sana.Kau mahu aku hantar balik ke?' tanyaku.
   'Tidak apa.Aku pandu kereta sendiri.Aku balik dulu, ya? Takut mak abah aku bising kenapa tak sampai rumah lagi. Assalamualaikum,' ucapnya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat denganku. Aku dengan senang hati menyambut hulurannya dan menjawab salamnya.


*********************************************************************************








*aku sayang budak budak atas ni 

Ok , awak awak semua . Tunggu sambungan nya nanti ya *bajet sehhh* . Cerita ni aku cilok daripada pengalaman aku sendiri. Nama watak2 itu semua aku guna nama watak kawan2 aku.*jangan maraahhhhh* Setting yang aku guna dekat pantai sebab itu FAVOURITE place kita orang.
   Adjust punya adjust akhirnya siap lah juga aku nya cerpen ni. Ambil masa dalam 2 hari jugaklah nak siapkan.

P/S: Kepada kawan-kawanku yang dihormati serta dikasihi ini , harap kita takkan pernah putus sampai lah maut yang memisahkan kita *eceehh*

Kepada readers , aku nak ucapkan arigatou ya. Nanti bacalah lagi sambungan cerita ni. ada lagi 3 part. *Bajet macam cerita kau best je* Eh , sebab best lah aku nak suruh kau orang baca. HAHAHAHA... *Angkat bakul sendiri nampak cik adik?* Jangan meraban lah . orang lain tengah bosan tu.

Ok , entry lain nanti aku sambung lagi cerita ni ya. Nantikan.....


p/s: Jaga rakan anda sebagaimana anda jaga nyawa anda :)